Saturday, 21 May 2016

Pengalaman Temuduga Senibina UiTM/UTM

Assalamualaikum and hi .

Okay . Tujuan asal blog ni sebab nak share post post dari wordpress , blogger , dan lain lain punya web perkara penting pasal architecture . Saya budak baru belajar , maka sila beri tunjuk ajar *tunduk*

Berbalik pada tajuk , nak cerita pasal pengalaman . Kalau ada tips ye aku cerita tapi kalaulah boleh dianggap sebagai tips kan ? Ahaha sebab bila orang yang dah pernah pergi temuduga/interview ni , tipulah tu takkan ada orang tanya "Temuduga macam mana eh ?" dan "Susah tak ?" kalau takde , tu maksudnya kau dapat interview tapi diam diam je . Tak bagitau orang lain macam aku ni *err* Tapi tak salah pun share ilmu yang sedikit ni dengan orang lain , kan *senyum*

Interview kerja lain . Interview untuk sambung belajar lain . Ianya tak sama sekaligus walaupun aku tak pernah interview kerja pun . Kiranya nak cakap dekat sini interview sambung belajar lebih pada separuh formal la , ta terlalu serius merius . Okay first interview aku dapat daripada UiTM untuk Sarjana Muda Seni Bina . Waktu check result tu memang pft siapa tak excited kan ? Nak lagi dari lepas spm terus sambung degree . Siapa taknak kan ? Jimat masa , jimat duit . Lepastu check dekat rule dia , nak kena bawak apa , pergi pukul berapa . Okay ni untuk course senibina/architecture je lah eh . Maaf untuk course lain taktahu . Sebab tak semua course ada interview . Dan untuk course ni bila ada interview means Lembaga Arkitek Malaysia (LAM) dah iktiraf universiti tu dan kalau habis belajar kat universiti tu boleh bekerja sebagai Arkitek Proffesional .


UiTM
Interview Senibina dekat UiTM ni ada 2 bahagian :

  • Ujian Melukis
  • Walk-in interview
Bila dah tengok jenis ujian dia macam mana , first thing kena buat adalah ? Yes , buat research . Google je pasal architecture , tokoh senibina , bangunan famous dan etc . Kalau jenis otak bagus mengingat , hafal je terus . Tapi tak digalakkan .

Bagi ujian melukis , macam aku waktu tu dalam surat tulis 8.30 pagi . Kena datang tempat tu awal lah kan ? Okay tapi bila sampai je , sebenarnya dah 100++ manusia yang sudah/sedang buat ujian melukis . Okay nervous . Tapi takpe naik je lepastu dah berkumpul ramai gila umat . Sebab interview ni dekat Fakulti Senibina Perancangan dan Ukur . Tapi yang interview haritu bukan untuk Senibina je , tapi sekali jugak dengan Senibina Landskap , Hiasan Dalaman dengan Perancangan Bandar dan Wilayah .Senang cerita apa apa course yang melibatkan melukis , memang ada interview . Interview IPG , TESL tu lain cerita okay. Tu pasal ramai . Okay then ambik nombor , dan memang dah sah sah dapat nombor ke 200++ sebab ramai sangat orang . Okay lupa bagitau , nombor giliran tu untuk UJIAN MELUKIS . Sabar . Ni ujian melukis dulu . Okay sambil sambil tunggu tu berdoa la banyak banyak . Jangan nervous sangat . Tak elok untuk kesihatan.

Lepas tunggu dalam 10 minit , tiba tiba orang yang jaga kat depan tu announce dari nombor berapa ke nombor berapa pulak untuk masuk Dewan Kuliah bagi ujian melukis . Kiranya yang kena ujian sekali ramai la kan . Masuk je dewan tu dekat kerusi dah tersedia kertas lukisan yang saiz A3 tu dengan borang nak kena isi . Masuk je terusla duduk cepat cepat . Jangan terhegeh hegeh . Sebab haritu aku dah duduk lecturer yang kat depan tu dah jerit jerit suruh cepat . Maka , bersegeralah dalam segala hal . Okay bila dah duduk baru perasan dekat depan sekali dengan tangga ke-5 macamtu , ada satu meja . Atas meja tu diorang dah siap letakkan blok blok piramid , kuboid , kiub , dengan bola dekat atas blok blok tu . Ha . Yang tu lah yang kita nak kena lukiskan . Dari tempat duduk kau , kau kena lukis apa yang kau nampak . Takboleh suka hati plih angle dari tempat duduk orang lain . Nak melukis pulak , aku sarankan LUKIS BESAR BESAR ye lukis besar besar tapi pandaila estimate jangan kasi terlebih kertas A3 tu . Mata tu jangan duk tengok orang lain ke apa , confident je lukis anggap kita punya paling lawa so lukis la cantik cantik kan . Nak lagi bagus pandailah main shadow dia , sketch dia punya dari mana arah cahaya tu kan ? Dia bagi masa sejam , lepas dah siap kena lengkapkan borang borang semua tu . Lepastu baru bangun dan lecturer kat depan bahagikan course dan takpayah terkejut macam "Laa ingatkan ni semua course sama," tak , untuk ujian melukis dia campur . Kan dah bagitau kat atas tadi . Dah keluar  barula dia bawak pergi tunggu untuk walk-in interview pulak . Duduk dalam satu bilik dengan segala fail , borang , siapa yang bawak beg LK/Seni gedabak gedabak tu . Ha bawak je sekali semua . Time menunggu tu ha waktu tu lah itu semua course yang sama . Senibina blok lain , Landskap blok lain dan tempat interview ofcourse lain lain jugak kan . Tengah tunggu tu nanti dia kasi nombor giliran pulak untuk walk-in interview .

Untuk walk-in interview , kalau bernasib baik , dapatlah awal . Macam aku dulu nak dekat tengahari jugak la menunggu . Lagi kesian dekat orang yang giliran sampai ke petang dan nak dekat maghrib ni . Kesabaran yang tinggi kena ada . Okay lepastu bila dah sampai giliran kita , masuk bilik lain pulak dalam tu ada la dalam 6 orang panel interview . Interview dia one-to-one . So nak taknak kau memang kena bercakap dan berinteraksi dengan dia habis habisan . Dah duduk tu , dia ambik borang then dia tanya la soalan . Okay dekat sini aku takboleh nak bagitau soalan apa yang dia nak tanya sebab dia random je . Macam kawan aku dia tak suruh pun introduce yourself , terangkan pasal architecture ke sebab kadang dia tanya sebab nak tengok kita ni confident ke tak nak jawab . Kalau memang bernasib baik , boleh jadi awal awal je dia tanya dalam english . Nak dekat last last tu dia ajak sembang macam biasa je . Senyum kena semanis yang boleh dan make sure suara kau kena kuat . Jangan malu malu ke nervous ke apa JANGAN . Sebab dia nilai kau dari situ . Okay nak dijadikan cerita aku dapat yang english full . Dan ha ye tahu still kena confident even jawab pun panel tu tak faham kau pun tak faham . Aku dapat yang full english dan dia tanya soalan dalam lagi dalam pasal architecture . Tu sebab sebenarnya dia nak test je . Tengok kau boleh nak balas tak hujah dia . Kalau macam aku ada sikit takdapat nak balas soalan dia , tu yang macam terdiam . Jangan contohi . Serius.

Okay habistu , balik . Tunggu upu untuk check . Selalu aku tengok blog lain semua cerita pasal temuduga tapi tak bagi tahu pun pass ke tak . Yelah kalau pass boleh kita aplikasikan ilmu dalam blog tu untuk pergi interview kan ? Okay dekat sini bila aku check upu , aku takdapat . Haha gelak jap . Tahun ni upu tak ramai dapat . So macam tipula tu tak sedih . Tapi takpe , kita hanya merancang . Plan Dia lagi baik dari kita . Okay sekian untuk temuduga dekat UiTM :)

UTM
Nak dijadikan cerita sebab memang cita cita nak jadi seorang arkitek satu hari nanti *aminn* so mestilah kita cari lagi u mana yang ada course senibina ni . Okay then UTM ada course untuk Diploma Senibina . UTM ni bila aku cakap dapat interview orang mesti akan tanya "UTM ? Swasta kan ?" dan "Ada eh course senibina dekat UTM ? La asal aku tak tahu," serta "Aku taknampak pun UTM dalam list pilihan waktu isi upu haritu" . Yes , memang pun , Start tahun ni 2016 UTM dia keluar dari senarai pilihan upu dan sebab kenapa pun aku taktahu , kena tanya pentadbiran dia sendiri . UTM ni sama je macam universiti awam lain . IPTA jugak . Bukan swasta . Okay so aku dapat interview untuk Diploma Senibina dekat sini .

UTM punya ujian pulak terbahagi kepada 3 bahagian :

  • Ujian Bertulis
  • Ujian Melukis
  • Walk-in interview
Okay untuk UTM ni ujian dia memang berbeza dari UiTM tadi . Yang sama walk-in interview je. Sebelum tu waktu sampai je dia suruh masuk satu bilik , oh ya dan untuk temuduga UTM kau memang jumpa yang course Senibina je . Segala course lain landskap , perancangan bandar dan lain lain dah buat hari lain . So dia tak seramai dekat UiTM haritu . Ada la lebih kurang 75 orang . Sebab dia buat interview tu dua hari . Sabtu dengan Ahad , aku punya hari Ahad . Okay so bila masuk je dalam satu bilik tu Ketua Program kasi taklimat untuk ujian bertulis , melukis dan walk-in interview . Lepas dah habis taklimat baru bergerak ke bilik ujian bertulis . Duduk jarak jarak , atas meja dah ada kertas ujian macam peperiksaan sebenar tu , terpampang besar besar logo UTM situ . Selain kertas exam , ada dua helai kertas saiz A3 tu dengan ada satu cawan kertas yang ala ala birthday party punya tu , tapi takde corak la . Kosong je . Okay then bila bukak kertas soalan baru la faham kenapa ada barang barang tu atas meja .Ada bahagian A dengan B, tapi kasi aku terang bahagian B dulu. Soalan first "what is architecture" and soalan second "what is your favourite building and explain why" soalan ni dalam esei . So jawab je lah . Dalam english . Grammar tak betul pun tulis je asalkan kau faham orang baca pun faham . Okay third question dia kasi gambar pandangan ortografik , kalau budak LK mesti dia tahu . Bukan budak LK pun tahu jugak sebab subjek Maths Mode form 5 ada chapter ni . Yang kau kena lukis padangan pelan , dari sisi , dari arah  x y z semua tu . Soalan keempat dia suruh lukis bendera untuk satu kelab ni macam mana nak kasi orang nampak supaya sertai kelab tu . Lukis la sebesar yang mungkin atas kertas A3 tu . Last question pulak , kena lukis tempat tinggal kita dan lukis semua tu 360 pemandangan dari rumah/tempat asal kau atas CAWAN KERTAS tu . Barulah faham apa function cawan kertas tu . Okay tu untuk bahagian B kan ? Ha bahagian A ni lah yang kita namankan ujian melukis .

Dalam kertas soalan dia suruh lukis kawasan sekitar kampus UTM tu . Aku ingatkan ada lukis blok blok macam UiTM jugak . So ni satu info la aku boleh bagi bagi sesiapa yang dapat interview untuk UTM (Universiti Teknologi Malaysia) . Sebab macam haritu aku dapat surat interview aku tak tahu menahu pasal ujian bertulis . Aku pun be like "Ujian bertulis ni macam mana ?" bila google tak semua blog bagitau pasal ujian bertulis , boleh kata takde kut . Pasal ujian melukis berlambak . Ujian bertulis yang orang taktahu . Okay so untuk bahagian A kena turun bawah , dekat kawasan lapang tu Ketua Program suruh lukis pintu masuk UTM yang sebesar alam tu yang bagi aku unik jugaklah wuhu *mata bersinar* okay lepastu dia kasi 10 minit je , so kau kena sketch confident je . Takde masa nak lukis halus halus dulu , baru pekatkan ke apa . Tak tak tak . Guna pensil paling pekat 8B terus pun takpe , terus je lukis segala pokok jalanraya kereta dan apa yang kau nampak . Main point dia kena tahu , pintu masuk . So tekankan terperinci dekat pintu . Jangan beria sangat lukis pokok tu . Ada rupa jadilah . Sebab 10 minit mana cukup . Dah nama pun sketch random je . Okay habis masa , naik atas balik lepastu serahkan dekat atas meja Ketua Program tu . Sebelum tu waktu daftar dia dah kasi nombor . Nombor tulah nombor panel interview kita siapa . So untuk panel 1 dengan 2 satu bilik , bawak masuk mak ayah . Nombor 3 dengan 4 pun asing . Tapi bilik interview dia satu je . Dalam tu ada 4 orang panel interview .

Untuk walk-in interview jugak , still sama one-to-one interview . Nak menunggu pun debar jugak tu . Dengan aircond macam dekat kutub selatan . Tapi bila ditempatkan satu bilik ni dengan jumlah orang tak ramai macam dekat UiTM haritu , so kau bolehlah beramah mesra dengan orang sekeliling . Borak borak pasal archi sementara menunggu tu . Mak ayah boleh tunggu sekali so kadang kadang aku pergi kejap pastu duduk balik . Takut punya pasal hah ! Tunggu punya tunggu tiba tiba nama aku kena panggil . Kena panggil untuk get ready je , kiranya waktu tu orang sebelum aku tengah ditemudugakan *ada ke perkataan tu* tunggu nak dekat sejam jugak la . Orang dari panel panel lain pun dah keluar masuk yang sorang ni tak keluar keluar . Aku syak panel tu minat dekat budak tu dan mesti kasi pass tu pasal lama *aku syak je* lepastu baru lah giliran aku . Duduk je mestilah senyum kan . Dan aku bersyukur sebab awal awal dia dah tanya dalam bm . So tak perlu aku nak translate perkataan dari english ke melayu dalam kepala . Itu kira bernasib baiklah dapat full bm . Panel sebelah aku full english . Rezeki masing masing . Tapi bila dah full bm ni satu hal pulak panel ni dia akan tanya soalan macam "Perlu ke ambik seni ? Arkitek kena pandai lukis ke ?" dan "Kalau lecturer maki hamun awak , awak sanggup ke ?" serta "Apa yang buat awak nak sangat nak jadi arkitek ? Jadilah pemuzik ke , kerja lain ke?" dan soalan dia yang boleh buatkan kita berfikir banyak kali betul ke kau nak ambik course ni . Panel ni akan provoke kita , dan kalau kau nak selamat bukannya diam , tapi kau balas balik hujah dia . Balas seconfident yang boleh . Lagi dia suka . Kalau panel tu tanya lagi dan lagi maksudnya dia dah tunjukkan minat la tu nak kasi kau pass ke tak *aku teka je* yang penting kena pandai kasi jawapan , dan sama je macam interview mana mana pun . Confident kena ada .

Habis je interview , balik . Around pukul 11-12 macamtu . So untuk result UTM ni pulak harini interview , esok diorang check apa yang patut , lusa dah keluar result . Lepastu bila check , okay alhamdulillah pass interview dan dah boleh daftar . Maybe tak dapat UiTM tapi dapat UTM , kira bagus la tu . Sekurang kurangnya dapat offer . Ada orang check upu takdapat offer langsung sampai nak kena buat rayuan jadi bersyukur lah dapat tempat . Belajar mana mana sama je yang penting nawaitu tu .

Okay then , tu jelah kot . Doakan yang baik baik semoga aku dapat capai impian aku plus dipermudahkan segala urusan , inysaallah :)