Okay . Tujuan asal blog ni sebab nak share post post dari wordpress , blogger , dan lain lain punya web perkara penting pasal architecture . Saya budak baru belajar , maka sila beri tunjuk ajar *tunduk*
Berbalik pada tajuk , nak cerita pasal pengalaman . Kalau ada tips ye aku cerita tapi kalaulah boleh dianggap sebagai tips kan ? Ahaha sebab bila orang yang dah pernah pergi temuduga/interview ni , tipulah tu takkan ada orang tanya "Temuduga macam mana eh ?" dan "Susah tak ?" kalau takde , tu maksudnya kau dapat interview tapi diam diam je . Tak bagitau orang lain macam aku ni *err* Tapi tak salah pun share ilmu yang sedikit ni dengan orang lain , kan *senyum*
Interview kerja lain . Interview untuk sambung belajar lain . Ianya tak sama sekaligus walaupun aku tak pernah interview kerja pun . Kiranya nak cakap dekat sini interview sambung belajar lebih pada separuh formal la , ta terlalu serius merius . Okay first interview aku dapat daripada UiTM untuk Sarjana Muda Seni Bina . Waktu check result tu memang pft siapa tak excited kan ? Nak lagi dari lepas spm terus sambung degree . Siapa taknak kan ? Jimat masa , jimat duit . Lepastu check dekat rule dia , nak kena bawak apa , pergi pukul berapa . Okay ni untuk course senibina/architecture je lah eh . Maaf untuk course lain taktahu . Sebab tak semua course ada interview . Dan untuk course ni bila ada interview means Lembaga Arkitek Malaysia (LAM) dah iktiraf universiti tu dan kalau habis belajar kat universiti tu boleh bekerja sebagai Arkitek Proffesional .
UiTM
Interview Senibina dekat UiTM ni ada 2 bahagian :
- Ujian Melukis
- Walk-in interview
Bagi ujian melukis , macam aku waktu tu dalam surat tulis 8.30 pagi . Kena datang tempat tu awal lah kan ? Okay tapi bila sampai je , sebenarnya dah 100++ manusia yang sudah/sedang buat ujian melukis . Okay nervous . Tapi takpe naik je lepastu dah berkumpul ramai gila umat . Sebab interview ni dekat Fakulti Senibina Perancangan dan Ukur . Tapi yang interview haritu bukan untuk Senibina je , tapi sekali jugak dengan Senibina Landskap , Hiasan Dalaman dengan Perancangan Bandar dan Wilayah .Senang cerita apa apa course yang melibatkan melukis , memang ada interview . Interview IPG , TESL tu lain cerita okay. Tu pasal ramai . Okay then ambik nombor , dan memang dah sah sah dapat nombor ke 200++ sebab ramai sangat orang . Okay lupa bagitau , nombor giliran tu untuk UJIAN MELUKIS . Sabar . Ni ujian melukis dulu . Okay sambil sambil tunggu tu berdoa la banyak banyak . Jangan nervous sangat . Tak elok untuk kesihatan.
Lepas tunggu dalam 10 minit , tiba tiba orang yang jaga kat depan tu announce dari nombor berapa ke nombor berapa pulak untuk masuk Dewan Kuliah bagi ujian melukis . Kiranya yang kena ujian sekali ramai la kan . Masuk je dewan tu dekat kerusi dah tersedia kertas lukisan yang saiz A3 tu dengan borang nak kena isi . Masuk je terusla duduk cepat cepat . Jangan terhegeh hegeh . Sebab haritu aku dah duduk lecturer yang kat depan tu dah jerit jerit suruh cepat . Maka , bersegeralah dalam segala hal . Okay bila dah duduk baru perasan dekat depan sekali dengan tangga ke-5 macamtu , ada satu meja . Atas meja tu diorang dah siap letakkan blok blok piramid , kuboid , kiub , dengan bola dekat atas blok blok tu . Ha . Yang tu lah yang kita nak kena lukiskan . Dari tempat duduk kau , kau kena lukis apa yang kau nampak . Takboleh suka hati plih angle dari tempat duduk orang lain . Nak melukis pulak , aku sarankan LUKIS BESAR BESAR ye lukis besar besar tapi pandaila estimate jangan kasi terlebih kertas A3 tu . Mata tu jangan duk tengok orang lain ke apa , confident je lukis anggap kita punya paling lawa so lukis la cantik cantik kan . Nak lagi bagus pandailah main shadow dia , sketch dia punya dari mana arah cahaya tu kan ? Dia bagi masa sejam , lepas dah siap kena lengkapkan borang borang semua tu . Lepastu baru bangun dan lecturer kat depan bahagikan course dan takpayah terkejut macam "Laa ingatkan ni semua course sama," tak , untuk ujian melukis dia campur . Kan dah bagitau kat atas tadi . Dah keluar barula dia bawak pergi tunggu untuk walk-in interview pulak . Duduk dalam satu bilik dengan segala fail , borang , siapa yang bawak beg LK/Seni gedabak gedabak tu . Ha bawak je sekali semua . Time menunggu tu ha waktu tu lah itu semua course yang sama . Senibina blok lain , Landskap blok lain dan tempat interview ofcourse lain lain jugak kan . Tengah tunggu tu nanti dia kasi nombor giliran pulak untuk walk-in interview .
Untuk walk-in interview , kalau bernasib baik , dapatlah awal . Macam aku dulu nak dekat tengahari jugak la menunggu . Lagi kesian dekat orang yang giliran sampai ke petang dan nak dekat maghrib ni . Kesabaran yang tinggi kena ada . Okay lepastu bila dah sampai giliran kita , masuk bilik lain pulak dalam tu ada la dalam 6 orang panel interview . Interview dia one-to-one . So nak taknak kau memang kena bercakap dan berinteraksi dengan dia habis habisan . Dah duduk tu , dia ambik borang then dia tanya la soalan . Okay dekat sini aku takboleh nak bagitau soalan apa yang dia nak tanya sebab dia random je . Macam kawan aku dia tak suruh pun introduce yourself , terangkan pasal architecture ke sebab kadang dia tanya sebab nak tengok kita ni confident ke tak nak jawab . Kalau memang bernasib baik , boleh jadi awal awal je dia tanya dalam english . Nak dekat last last tu dia ajak sembang macam biasa je . Senyum kena semanis yang boleh dan make sure suara kau kena kuat . Jangan malu malu ke nervous ke apa JANGAN . Sebab dia nilai kau dari situ . Okay nak dijadikan cerita aku dapat yang english full . Dan ha ye tahu still kena confident even jawab pun panel tu tak faham kau pun tak faham . Aku dapat yang full english dan dia tanya soalan dalam lagi dalam pasal architecture . Tu sebab sebenarnya dia nak test je . Tengok kau boleh nak balas tak hujah dia . Kalau macam aku ada sikit takdapat nak balas soalan dia , tu yang macam terdiam . Jangan contohi . Serius.
Okay habistu , balik . Tunggu upu untuk check . Selalu aku tengok blog lain semua cerita pasal temuduga tapi tak bagi tahu pun pass ke tak . Yelah kalau pass boleh kita aplikasikan ilmu dalam blog tu untuk pergi interview kan ? Okay dekat sini bila aku check upu , aku takdapat . Haha gelak jap . Tahun ni upu tak ramai dapat . So macam tipula tu tak sedih . Tapi takpe , kita hanya merancang . Plan Dia lagi baik dari kita . Okay sekian untuk temuduga dekat UiTM :)
UTM
Nak dijadikan cerita sebab memang cita cita nak jadi seorang arkitek satu hari nanti *aminn* so mestilah kita cari lagi u mana yang ada course senibina ni . Okay then UTM ada course untuk Diploma Senibina . UTM ni bila aku cakap dapat interview orang mesti akan tanya "UTM ? Swasta kan ?" dan "Ada eh course senibina dekat UTM ? La asal aku tak tahu," serta "Aku taknampak pun UTM dalam list pilihan waktu isi upu haritu" . Yes , memang pun , Start tahun ni 2016 UTM dia keluar dari senarai pilihan upu dan sebab kenapa pun aku taktahu , kena tanya pentadbiran dia sendiri . UTM ni sama je macam universiti awam lain . IPTA jugak . Bukan swasta . Okay so aku dapat interview untuk Diploma Senibina dekat sini .
UTM punya ujian pulak terbahagi kepada 3 bahagian :
- Ujian Bertulis
- Ujian Melukis
- Walk-in interview
Dalam kertas soalan dia suruh lukis kawasan sekitar kampus UTM tu . Aku ingatkan ada lukis blok blok macam UiTM jugak . So ni satu info la aku boleh bagi bagi sesiapa yang dapat interview untuk UTM (Universiti Teknologi Malaysia) . Sebab macam haritu aku dapat surat interview aku tak tahu menahu pasal ujian bertulis . Aku pun be like "Ujian bertulis ni macam mana ?" bila google tak semua blog bagitau pasal ujian bertulis , boleh kata takde kut . Pasal ujian melukis berlambak . Ujian bertulis yang orang taktahu . Okay so untuk bahagian A kena turun bawah , dekat kawasan lapang tu Ketua Program suruh lukis pintu masuk UTM yang sebesar alam tu yang bagi aku unik jugaklah wuhu *mata bersinar* okay lepastu dia kasi 10 minit je , so kau kena sketch confident je . Takde masa nak lukis halus halus dulu , baru pekatkan ke apa . Tak tak tak . Guna pensil paling pekat 8B terus pun takpe , terus je lukis segala pokok jalanraya kereta dan apa yang kau nampak . Main point dia kena tahu , pintu masuk . So tekankan terperinci dekat pintu . Jangan beria sangat lukis pokok tu . Ada rupa jadilah . Sebab 10 minit mana cukup . Dah nama pun sketch random je . Okay habis masa , naik atas balik lepastu serahkan dekat atas meja Ketua Program tu . Sebelum tu waktu daftar dia dah kasi nombor . Nombor tulah nombor panel interview kita siapa . So untuk panel 1 dengan 2 satu bilik , bawak masuk mak ayah . Nombor 3 dengan 4 pun asing . Tapi bilik interview dia satu je . Dalam tu ada 4 orang panel interview .
Untuk walk-in interview jugak , still sama one-to-one interview . Nak menunggu pun debar jugak tu . Dengan aircond macam dekat kutub selatan . Tapi bila ditempatkan satu bilik ni dengan jumlah orang tak ramai macam dekat UiTM haritu , so kau bolehlah beramah mesra dengan orang sekeliling . Borak borak pasal archi sementara menunggu tu . Mak ayah boleh tunggu sekali so kadang kadang aku pergi kejap pastu duduk balik . Takut punya pasal hah ! Tunggu punya tunggu tiba tiba nama aku kena panggil . Kena panggil untuk get ready je , kiranya waktu tu orang sebelum aku tengah ditemudugakan *ada ke perkataan tu* tunggu nak dekat sejam jugak la . Orang dari panel panel lain pun dah keluar masuk yang sorang ni tak keluar keluar . Aku syak panel tu minat dekat budak tu dan mesti kasi pass tu pasal lama *aku syak je* lepastu baru lah giliran aku . Duduk je mestilah senyum kan . Dan aku bersyukur sebab awal awal dia dah tanya dalam bm . So tak perlu aku nak translate perkataan dari english ke melayu dalam kepala . Itu kira bernasib baiklah dapat full bm . Panel sebelah aku full english . Rezeki masing masing . Tapi bila dah full bm ni satu hal pulak panel ni dia akan tanya soalan macam "Perlu ke ambik seni ? Arkitek kena pandai lukis ke ?" dan "Kalau lecturer maki hamun awak , awak sanggup ke ?" serta "Apa yang buat awak nak sangat nak jadi arkitek ? Jadilah pemuzik ke , kerja lain ke?" dan soalan dia yang boleh buatkan kita berfikir banyak kali betul ke kau nak ambik course ni . Panel ni akan provoke kita , dan kalau kau nak selamat bukannya diam , tapi kau balas balik hujah dia . Balas seconfident yang boleh . Lagi dia suka . Kalau panel tu tanya lagi dan lagi maksudnya dia dah tunjukkan minat la tu nak kasi kau pass ke tak *aku teka je* yang penting kena pandai kasi jawapan , dan sama je macam interview mana mana pun . Confident kena ada .
Habis je interview , balik . Around pukul 11-12 macamtu . So untuk result UTM ni pulak harini interview , esok diorang check apa yang patut , lusa dah keluar result . Lepastu bila check , okay alhamdulillah pass interview dan dah boleh daftar . Maybe tak dapat UiTM tapi dapat UTM , kira bagus la tu . Sekurang kurangnya dapat offer . Ada orang check upu takdapat offer langsung sampai nak kena buat rayuan jadi bersyukur lah dapat tempat . Belajar mana mana sama je yang penting nawaitu tu .
Okay then , tu jelah kot . Doakan yang baik baik semoga aku dapat capai impian aku plus dipermudahkan segala urusan , inysaallah :)
Assalam, nak tanya, kalau memohon utm dip senibina kena beli no pin jugak ke? yuran dia per sem berapa?
ReplyDeleteWaalaikumussalam. Tak perlu nombor pin. Masuk website utmspace je.
Deleteassalammualaikum untuk tmuduga uitm dya pnya iv tu mmg smuanya ada enam org ke dlm blik tu?
ReplyDeleteAssalamualaikum, nak tanya result interview UTM memang melalui surat atau ada website dia untuk check result? Tq.
ReplyDeleteyg kna lukis blok2 around UTM tu mmg salah satu ujian lukis yg wajib ke?pm no telefon abg,bleh?
ReplyDeleteSaya pelajar lepas spm 2017. Saya memang minat sangat untuk ceburi bidang seni bina ni tapi masa saya bukak web untuk mohon upu, saya tengok takde pon pilihan bidang senibina untuk uitm. Cuma senibina landskap je yang ada. Kenapa ye?? Saya sedih sangat sangat.
ReplyDeleteUitm ada ijazah sarjana muda senibina shj.. tp kene letak dlm pilhan1-3 sbb tu asa iv..
DeleteBoleh tak saya nk tau jwpn interview akak yg walk in dkt utm tu?sbb saya pn dpt interview dkt utm ahad ni
ReplyDeleteKan pasal bahagian b utk ujian bertulis tu kne lukis rumah,tu dri pandangan plan ke?
ReplyDeleteSenang ke susah nk masuk utm?brpe ramai yg akan dipilih?
ReplyDeleteAsalammualaikum.akak saya nk tnya. saya ada mohon upu kos serjana muda senibina landskap dekat pilihan 1. tapi kebanyakan yg saya baca di atas semua ada iv. kenapa saya punya tak ada iv?
ReplyDeleteAku salah satu student architecture utm, sape2nak tahu pasla interview or berkaitan kos nih boleh dm aku dekat instagram, and aq akn cerita kan satu2 ig aku (amrldeny)
ReplyDeletehai dik..menarik blog..tp panjgnya citer..hihi..btw..kalau ade minat nak jengok blog akak https://studypelancongan.blogspot.com/2013/01/3-tahun-diploma-tourism-management.html jemputla...
ReplyDelete